RENUNGAN :)
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula
berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan
kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Dalam kehidupan terdapat banyak perkara yang ingin kita lakukan.
Namun demikian untuk melaksanakan dan mencapai tujuan sering dibatasi
oleh masa. Mungkin banyak perkara yang boleh menunggu kita, tetapi hanya
masa sahaja yang tidak akan berhenti untuk menunggu kita.
Bagi mereka yang sedar bahawa masa itu penting, sudah tentu akan
menggunakan setiap detik masa dengan sesuatu yang berfaedah. Walaupun
kadangkala kita sangka bahawa sukar untuk mencapai cita-cita kita
berdasarkan baki masa yang ada. Pada hakikatnya kita akan beruntung bila
setiap detik masa itu kita kumpulkan akan menjadi sesuatu yang besar
dan hebat.
No comments:
Post a Comment