Monday, 22 December 2014
LELAKI VS PEREMPUAN 'IN STUDY'
Cara Pelajar lelaki
1. Buat tugasan atau assignment saat-saat akhir. Siap ada yang minta tiru daripada pelajar perempuan lagi...ikut pengalaman tu..hahaha
2. Kuat main, lepak sebelah malam, layan tengok bola sampai pagi. Ada juga yang kaki game, game paling top Counter Strike, PES dengan Need For Speed Underground. Tak kisah pun ada kelas ke tidak pagi esok...layan main game sampai mata lebam.
3. Suka masuk kelas lambat, kadang-kadang sampai ke kelas sekali dengan pensyarah...bukan 10 minit lewat..tapi aku lewat sejam dah kelas bermula..hahaha.
4. Saat-saat akhir baru mula kalut nak ulangkaji. Esok nak exam, malam ni baru nak study...kalau hari exam..memang tak tidur malam..study sampai subuh...lepas abis exam baru tidur.
Cara Pelajar Perempuan :-
1. Pelajar perempuan ni terlebih rajin, study hard orang kata. Jaranglah tengok pelajar perempuan kena denda sebab tak siap kerja rumah atau assignment. Buat nota pula berwarna-warni. memang rajin betul la.
2. Kalau bab lepak ni, ada memang ada, tapi sangat sedikit peratusannya. Lebih ramai yang lebih suka duduk rumah layan cerita korea kot...
3. Pelajar perempuan juga ada disiplin yang tinggi, sebab mereka datang ke kelas awal. Pintu pagar tak buka lagi pun mereka dah sampai...hahaha
4. Persediaan sebelum peperiksaan, selalunya yang aku perasan, pelajar perempuan akan buat nota ringkas, dengan kertas A4 dilipat dua. Pelajar lelaki pun ada buat tapi tak ramai yang buat, kalau buat pun untuk dijadikan toyol letak nota dalam tandas...hahaha
Thursday, 18 December 2014
‘Fasobrun Jamil’, maksud Maka bersabarlah dengan sabar yang indah.
Bak kata Al-Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid , ‘Teori memang mudah , praktikal nya? , kita sendiri yang sedang hadapi situasi tu yang tau’
Sabar itu indah. Beautiful. No suffer afflicts us beyond our capability. Hadap je segala ujian. Berjaya tu pun ujian, Kurang berjaya pun ujian. Kerana hidup ini memang ujian.
Wednesday, 17 December 2014
Ujian, bahasanya bisu. Hadirnya tidak terduga. Ada kala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Ada kala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya… terlupa siapakah kita disisi-Nya. Terlupa dari mana datangnya dan kemana pula hala hidup kita? Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-NYA?
Tuesday, 16 December 2014
RENUNGAN :)
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)
Dalam kehidupan terdapat banyak perkara yang ingin kita lakukan. Namun demikian untuk melaksanakan dan mencapai tujuan sering dibatasi oleh masa. Mungkin banyak perkara yang boleh menunggu kita, tetapi hanya masa sahaja yang tidak akan berhenti untuk menunggu kita.Monday, 15 December 2014
MY COLLEGE IS MY HOME.
Sudah dirancang dan tertulis di Luh
Mahfuz, kita bertemu disini. Di kolej yang indah ini, kita bertemu kawan
kawan baru. Kawan lama jadi kenangan, kawan baru jadi pedoman. Di sini,
kita belajar berdikari, tanpa ibu bapa, tanpa adik beradik, kita
belajar hidup bersama keluarga baru. kita hormat abang2 senior kerana
yang tua dihormati yang muda disayangi dan bersatu kita teguh, bercerai
kita kawin lain.
Subscribe to:
Comments (Atom)





